Sabtu, 25 Disember 2010

Kelahiran Selepas 12 Hari Raya Aidil Adha








Seperti yang diketahui , setelah lahirnya anak pak cik Rauf dan makcik Norleha maka tibalah giliran keluarga pak andak Najib dan mak andak Norizah menyaksikan dan menyambut kelahiran cucu atuk yang seterusnya. Pada pagi Isnin bertarikh 29 NOVEMBER lahirlah baby bujang ke 3 pak andak dan mak andak di HBTAR Klang. Setelah bermunajat dan memikirkan akhirnya dapatlah nama baby tersebut...Muhammad Habiburrahman. Doakan lah ada lagi yang akan menanti seterusnya...mungkin keluarga bendang lagi...bukan dibandar pula. Siapa dia ha..tunggu....

Ahad, 21 November 2010

Kelahiran di Pagi Aidil Adha

Assalammualaikum semua sanak saudara / kulaan .Sempena Hari Raya Aidil Adha marilah kita bersama - sama merenung kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah. Allah telah memuliakan mereka sehingga diabadikan nama Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam solawat di solat ketika duduk tahyat.

Selain itu juga raya tahun ini kita mendapat berita gembira dengan pertambahan zuriat keturunan kulaan kita yang kebetulan lahirnya di pagi Aidil Adha iaitu anak Mak Cik dan Pak Cik di Klang. Maka dinamakan zuriat tersebut dengan nama Muhammad Naufal Adha. Sesiapa berkelapangan silalah menziarahi mereka. Juga doakan mak andak Klang yang juga sedang menunggu masa untuk melahirkan zuriat seterusnya. Moga berkembang biaklah ummat Rasulullah dan keturunan Hj M.Yusof. Amin.

Sabtu, 25 September 2010

Hari Keluarga 2010

Assalamualaikum (Keputusan meeting 25 September = Baraan kulaan / sedoro )

Tarikh cadangan : 18 hingga 19 Disember
Cadangan tempat : Felda Residence Hot Spring Sg Kelah
Penginapan : 3 Villa. RM ( 550 X 3 )
Setiap villa akan mendapat 6 tag keselamatan shj ( dipakai ditangan = 6 x 3 villa : 18 tag). Dicadangkan utk diberi kepada kekanak.Dewasa klu hdk boleh byr tmbhan untuk mendapatkan tag tadi.
Keperluan : Sila bawa toto dan bantal tambahan ( kelengkapan villa terhad ) Baju mandi , track suit, kelengkapan solat, kasut, peralatan mandi dan selipar( utk sukaneka dan mandi )
Agenda : Sabtu tunggu depan pintu masuk 2.00 petang. Check in 2.30 ptg.
Taklimat akan diberi apbl semua kulaan dah ada ( check in ) petang sabtu ada sukaneka.
Acara sabtu malam ahad ( berkumpul utk majlis bacaan yasin atau doa selamat + bbq.)
Ahad : Pg sarapan akan disediakan oleh pak Nan @ masak sendiri ( jimat kos ).
Check out : 12.30 tengahari.
Pembahagian tugas:
PA system : Pak Ngah Din Perak
Acara sukaneka : Pak Long Ismail
Penempatan : Pak Anjang Nan.
Info : Pak Ngah Saad, Pak Anjang Arik, Pak Andak, Mak Anjang Salasiah dan semua ahli baraan 25 September.
Keselamatan : Semua kulaan / sedoro.
# Semua tertakluk pada pindaan . Sebarang cadangan atau pertanyaan sila rujuk kepada Pak Ngah Saad .
Sila layari :http://www.feldaresidencehotsprings-perak.com/ untuk makluman tempat cadangan Hari Keluarga kita.

Selasa, 14 September 2010

Hari Raya di Kampung Parit 13 dan ke rumah kulaan yang lain.














































Apabila menjelang sahaja bulan syawal pasti ramai yang akan pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Idul Fitri.Tidak ketinggalan kepada kaum kerabat kita yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibunda tercinta disamping berkumpul untuk menghubungkan tali silaturrahim yang jauh. Sewaktu berkumpul pasti akan kelihatan ragam sanak dan SEDORO atau KULAAN ( sedoro= BAHASA JAWA , kulaan =BAHASA BANJAR )yang bermacam- macam. Jadi marilah kita sesama lihat antara aksi aksi yang sempat dirakamkan ketika beraya baru - baru ini...Gambar boleh dibesarkan..klik dua kali kat gambar untuk gambar lebih besar.Jom lihat...