Selasa, 26 Januari 2010

Hari Keluarga di Port Dickson









Pada semua ahli keluarga yang tidak hadir dimaklumkan bahawa hari keluarga kali kedua diadakan di Port Dickson. Penganjurnya Pak Uda dan Mak Uda kita. Di PD ni kita punya aktiviti lebih kepada aktiviti pantai, berbabeque, dan lawatan. Untuk makluman semua, aktiviti kita di pantai hanya bermandi manda , sementara sebelah malamnya kita bermakan- makanan. Esoknya pepagi diadakan aktiviti dalaman antaranya tiup belon sampai pecah dan bacaan tahlil serta makan berjemaah .Setelah itu kami beramai ramai pergi melawat ke Muzium Angkatan Tentera Port Dickson. Banyak barang klasik dan peralatan perang yang dipamerkan antaranya kereta kebal, keris, senapang, motorsikal, meriam ,replika terowong buatan komunis malaya dan tak lupa kapal terbang yang tak boleh terbang...heh heh...
Nak tau sebenarnya semasa datang ke PD ini berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu ketika itu semasa para kulaan sibuk memasuki bilik hotel tiba tiba.....prrrrrrappppp .....pam... pom pang pang pang....bertempiaranlah keluarga pak andak dan anaknya berlari turun ke bawah.....tak kira penat enam tingkat punya pasal.....ingatkan gempa bumi rupanya mozek lantai bilik meretak dan pecah meletup...sakit jantung dibuatnya dek gempa bumi yang tak jadi . Nak tengok gambar ? Kat atas tule gambarnya

Hari Keluarga di Sg.Kelah







Hari Keluarga yang pertama bagi Keluarga Hj M.Yusof dan Hjh Asa telah diadakan di Sg Kelah. Aktiviti yang dilakukan di sini lebih bercorak aktiviti bebas. Selain berkelah di padang, ada juga yang sibuk memanggang atau membakar ayam dan ikan ( barbeque) .Terdapat juga ahli keluarga yang sibuk bermandi manda di kolam air panas yang terdapat di sini. Ketika ading berading sibuk beraktiviti tetiba turunlah hujan. Nasib baiklah ada khemah kat sini .Apapun nak datang sini bagitau abang Nan .Manalah tahu dapat harga staf....

Ahad, 24 Januari 2010

Gambar siaper nie...



Salam perkenalan, kepada ahli keluarga M.Yusof dan Pn Asa. Moga dengan bermulanya blog ini maka akan berhimpunlah seluruh ahli keluarga untuk melihat perkembangan aktiviti yang kita rancangkan bersama.Segala kekurangan moga diberi teguran membina.

Aktiviti Keluarga M.Yusof


Pada setiap tahun pastinya semua sanak saudara akan kembali ke kampung halaman, terutamanya di kala menyambut idul fitri. Manakan tidak keluarga kami terlalu besar jumlah ahlinya. Cucu cicit pun dah lebih 60 orang...tak termasuk kalau yg akan datang... Nak tau ... mai le kiter sesama tengok gambor kite ni...Siapa yang tiada maafle...kena diupdatele gambar kulaan kite ye...