Jumaat, 5 Februari 2010

Hari Keluarga di Perak Darul Ridzuan

Mai sini tengok cara cara menjala...






Yei yei bapak balik......

Teka ....tangan siapa kah itu???

Bilalah mike boleh sama berenang....

Operasi menyelamMat sedang dijalankan....


Kite berkayak kat tepi ni jelah yer.. takut aku kat tengah yop...

Ini dia peserta yang mendapat cabutan bertuah rumah kos sederhana.. jangan mare ha..

Lagi rumah untuk dimenangi...cepat ..cepat

Kau nak tahu keta aku Unser yang kat belakang tu....bla bla

Puh kiri puh kanan berkat doa dapatlah ikannn.....

Model...jubah muslimah untuk kanak kanak..

???????

Bersyukur kita ke hadrat Allah ehem...ehem...

Posing baik dari Abang Ad kita .....macam berkaraoke pun ada...

Harap- harap depa makan lah apa ntah yang aku masak ni..

Cara -cara memasak ye puan puan...mula mula
hidupkan dapur dulu......

Emmm mana satu nak pandang kamera ni ?

Pertama sekali buat julung kalinya pada Hari Keluarga kali ini pakaian rasmi khas telah diedarkan. Warnanya HIJAU, sesuai dengan alam sekitarnya yang hijau. Selain itu terdapat banyak aktiviti telah dikelolakan oleh pihak penganjur serta dibuat dalam keadaan agak tersusun agendanya. Antaranya terdapat ucapan alu- aluan, oleh ibunda tercinta , juga kulaan kita yang senior dan macam - macam lagi. Pembahagian tugas juga nampak cantik. Ada yang mamasak, menjala ikan untuk di makan he he.... Ada juga yang menyelam cari ..ntah kepah entah mutiara. Selain itu , acara acara lain yang diadakan agak menarik, terutamanya rebut kerusi... Tidak ketinggalan, acara boling padang, isi air dalam botol, dan juga aktiviti bebas yang lain seperti berkayak, berbuaian, berenang- renang ke tepian ,bukan ke tengah ye. Dan yang paling best ada dinner and tak tinggal barbeque. Waduh , fresh ikan ikan nya. Terima kasihlah pada nelayan kita dan kaki pancing yang cemerlang menjalankan tugas.......Oh ya sebenarnya bermula di Perak inilah telah di tubuhkan satu jawatankuasa khas yang bertujuan bagi merancang dan menyusun aktiviti Hari Keluarga tahunan akan datang. Bagi jawatan setiausaha pemenangnya jatuh kepada Mak Tam... manakala Jawatan pengerusi... menang tanpa bertanding iaitu tak lain tak bukan Abang Saad kita. Tapi jangan lupa penasihat pula iaitu Ibunda tercinta...... Nak tengok gambar di sana.. banyak benor yop. Tapi cukuplah untuk tatapan kita sebagai kenangan. Apa lagi tengok dan jengoklah kat atas tu. Minta maaf atas dialog yang ditambah di gambar . Saja nak tarik perhatian... Setiausaha dan pengerusi boleh komen kot untuk ditambahbaik... ( Tq bagi kak zie dari Nani Aziz yang terlibat dlm menyumbang semua gambar ini )

Hari Keluarga di Negeri Kejor Yop Kejor

Salam ukhuwah berpanjangan buat kulaan sekalian. Buat kesekian kali kita bersua dalam laman blog keluarga ini. Kali ini dicatatkan sedikit sebanyak tentang Hari Keluarga di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tuan rumah bagi hari keluarga di sini ialah abang Din kita. Untuk makluman semua, bagi Hari Keluarga di sini ada sedikit pembaharuan telah dibuat dalam memeriahkan lagi acara di sini.

Rabu, 3 Februari 2010

Upgrade blog dari semasa ke semasa


Salam kepada kulaan yang dirahmati Allah. Buat kulaan yang sentiasa membuka blog ini. Adalah dimaklumkan bahawa blog ini akan sentiasa diubah suai isi isinya . Sekiranya ada sebarang idea boleh di emailkan ke imanhannaani@gmail .com dan jangan lupa sms ke no. hp mak andak atau pak andak untuk bagitau item dah dihantar . Untuk makluman para kulaan sekalian editor baru menambah ruangan video di sisi blog ini. Kalau nak layan u tube , klik aje kat sebelah kiri tu. Berkenaan tajuk upin dan ipin serta nasyid di sebelah tu, editor dah setting ...memang ada video tersebut, cuma ia akan berubah dlm setiap seminit. Jadi kalau nak tengok video yang di setting tu. Tunggu seminit baru akan keluar semula and klik le... nak tengok video lain 'search' kat u tube dibawahnyer itu.