Ahad, 21 November 2010

Kelahiran di Pagi Aidil Adha

Assalammualaikum semua sanak saudara / kulaan .Sempena Hari Raya Aidil Adha marilah kita bersama - sama merenung kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah. Allah telah memuliakan mereka sehingga diabadikan nama Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam solawat di solat ketika duduk tahyat.

Selain itu juga raya tahun ini kita mendapat berita gembira dengan pertambahan zuriat keturunan kulaan kita yang kebetulan lahirnya di pagi Aidil Adha iaitu anak Mak Cik dan Pak Cik di Klang. Maka dinamakan zuriat tersebut dengan nama Muhammad Naufal Adha. Sesiapa berkelapangan silalah menziarahi mereka. Juga doakan mak andak Klang yang juga sedang menunggu masa untuk melahirkan zuriat seterusnya. Moga berkembang biaklah ummat Rasulullah dan keturunan Hj M.Yusof. Amin.