Selasa, 14 September 2010

Hari Raya di Kampung Parit 13 dan ke rumah kulaan yang lain.














































Apabila menjelang sahaja bulan syawal pasti ramai yang akan pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Idul Fitri.Tidak ketinggalan kepada kaum kerabat kita yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibunda tercinta disamping berkumpul untuk menghubungkan tali silaturrahim yang jauh. Sewaktu berkumpul pasti akan kelihatan ragam sanak dan SEDORO atau KULAAN ( sedoro= BAHASA JAWA , kulaan =BAHASA BANJAR )yang bermacam- macam. Jadi marilah kita sesama lihat antara aksi aksi yang sempat dirakamkan ketika beraya baru - baru ini...Gambar boleh dibesarkan..klik dua kali kat gambar untuk gambar lebih besar.Jom lihat...

Rabu, 8 September 2010

سلامت هاري راي عيد الفطري

السلام عليكم ورحمة الله
Selamat Hari Raya diucapkan kepada ahli keluarga , ading berading ,anak menantu, cucu cicit semua . Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita sehingga ke akhir hayat. Buat ibunda, moga Allah berkati usia dan dapat berkumpul bersama sama dalam penuh keberkatan di hari mulia ini. Tambahkan amalan selepas ini , semoga momentum ramadhan dapat dibawa ke bulan seterusnya.

Jumaat, 3 September 2010

Perjumpaan Keluarga Tak Dirancang




Salam buat kulaan sekalian. Pada tanggal 2 September bersamaan 24 Ramadhan 1431H telah berlaku suatu perjumpaan keluarga kita yang tidak dirancang .Ia bukanlah saja saja dibuat , namanya pun bukan Hari Keluarga tetapi perjumpaan ini adalah kerana pemergian adinda bagi allahyarham ayahanda Hj Yusof ke rahmatullah iaitu Allahyarhamah Aminah (Acik Minah) .Beliau telah kembali kerahmatullah kerana serangan darah tinggi.Beliau meninggal dunia jam 1.30 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan didoakan supaya beliau ditempatkan ke dalam golongan orang -orang beriman. Al Fatihah....

Selasa, 3 Ogos 2010

Ramadhan Mubarak

Alhamdulillah kita telah pun menjengah ke bulan ramadhan al mubarak. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah marilah kita bersama sama memperbanyak istighfar , berselawat dan melakukan ibadah sunat untuk mendapatkan mardhotillah. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita sepanjang bulan mulia ini dan semoga dapat bertemu lagi ramadhan yang akan datang.