Isnin, 13 Februari 2012

Kedatangan 2012 dan Sambutan Maulud Nabi Muhammad.

Salam selamat datang ke Tahun 2012, sebagai tirai pembukaan blog tahun ini dan bersempena Mauludun Nabi Muhammad mari kita mengenali Nabi Muhammad melalui klik link Al Usrah Ad Dandarawiyah yang dipautkan di sebelah kanan blog kita. Buka bahagian ARTIKEL .
Untuk mudah pilih MALAY MODE...bacalah di dalamnya kerana terdapat kisah yang paling hebat tentang ciptaan Allah pada Nabi kita .Kalau nak tau tahu kerana Apa Rasulullah disayangi lebih daripada Nabi lain ....bacalah....

Selasa, 6 September 2011

Doa mengelakkan anak daripada melakukan zina ataupun maksiat

Doa mengelakkan anak daripada melakukan zina ataupun maksiat

oleh Ustaz Zahazan Mohamed pada pada 27hb Ogos 2011 pukul 1.44 ptg

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya. Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalm Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqat.

Jika anak itu perempuan, hendaklah ditukarkan Ganti nama hu (هُ ) menjadi ha (ها ) pada perkataan-perkataan ذَنْبَهُ , قَلْبَهُ dan فَرْجَهُ .