Jumaat, 29 Julai 2011

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang

Assalamualaikum buat semua ahli keluarga yang dikasihi. Agak lama blog ini tidak dikemaskini dengan berita terkini.
Setelah lama mencari idea tiba-tiba kita telah dikejutkan dengan pemergian adik Ain Zulaikha anak mak usu Baiti dan pak usu Khairul Azmie ke rahmatullah pada 24 Julai 2011 yang berselang lebih kurang enam bulan setelah pemergian Pak Long Ismail ( 25 Januari 2011) .Buat diri editor sendiri yang pernah melalui saat sebegitu pastinya agak memberi kesan pada yang mengalaminya. Namun pihak editor ingin berkongsikan sedikit sabda rasulullah buat pengubat rindu pak usu Azmie dan mak usu Baiti serta sesiapa yang pernah dan terpaksa melalui pengalaman sebegini.

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Semoga pak usu dan mak usu bersabar di atas ujian yang Allah anugerahkan kepada mereka yang bergelar hamba beriman. Insyaallah. Mari kita hadiahkan al Fatihah buat permata syurga Ain Zulaikha -Al Fatihah

Rabu, 15 Jun 2011

Perkahwinan Angah Nurul Anak Pak Anjang Arik









Pada 11 Jun yang lalu telah berlangsung satu lagi kenduri kahwin kulaan kita..iaitu anak kepada Pak Anjang Arik (angah Nurul). Nak tau nama dia dan suami kena tanya sendiri yer. La ni gambar yang sempat dirakam semasa hari dan malam kenduri berlangsung...

Isnin, 6 Jun 2011

Perkahwinan Nor Iznani dan Firdaus



















Pada tanggal 1 haribulan ading berading telah beramai ramai berangkat ke Kedah menaiki bas persiaran untuk menghadiri kenduri kahwin anak bang long Aziz dan kak Nai ( Arbaiyah ) di Taman Kerinchi ,Alor Setar , Kedah . Setelah menempuh perjalanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam itu akhirnya sampailah kami ke destinasi. berikut adalah antara gambar kenangan yang sempat diambil ketika berangkat dan ketika berada di Kedah.. Mana mana kulaan yang ingin sumbang gambar bagi kat email pak andak tapi jgn bebanyak 3 ke 4 gambar terbaik ok le...Jgn lupa lepas tu sms pak andak dan bagitau sape penyumbang gambar tu. h/p pak andak 016 689 3213. email nur.redha@gmail.com. Ok selamat melayari blog. Tahniah buat Bang Long Aziz dan Kak Arbaiyah yang bermenantu dah. Lepas ni sape pulak tunggu.... tak lama dah.....