Tazkirah


PERKATAAN "SAYYIDINA" PADA SELAWAT
 Perkataan Sayyid dalam bahasa Arab bererti "penghulu". Perkataan sayyidina bererti "penghulu kami". Perkataan sayyid biasanya disebut untuk merujuk kepada orang yang dihormati, disanjung dan kepada seorang pemimpin. Apabila perkataasayyidina itu dirujuk kepada Nabi Muhammad SAW maka ini bererti bahawa seseorang itu memuliakan baginda dan mengangkat martabatnya kepada satu darjat yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi dan Rasul. Allah SWT menyuruh orang yang berIman kepada Nabi agar memuliakannya, menolongnya dan menurut al-Qur'an yang telah diturunkan bersamanya. Mereka itulah orang yang beruntung  [al-A'raf :157]. 

Firman Allah Ta'ala, bermaksud : "Bahawasanya Allah SWT dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang berIman, hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan memberi salam kepadanya sebaik-baik salam." [Al-Ahzab : 56]  Rasulullah SAW adalah manusia yang paling mulia berbanding dengan makhluk-makhluk lain kerana rahmat juga penghormatan yang diberi oleh Allah SWT. Allah SWT memberi penghormatan kepada Rasulullah SAW kerana keistimewaan yang diberi oleh-Nya seperti yang tersebut dalam sebuah Hadis daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata, bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : "Aku adalah penghulu anak Adam pada hari kiamat kelak. Orang yang paling awal sekali muncul daripada kubur dan orang yang pertama memberi syafaat dan dibenarkan memberi syafaat.

" Rasulullah SAW memberitahu tentang hakikat dirinya yang sebenar, iaitu "penghulu anak Adam" agar sekalian umat tahu mengenainya. Dengan pemahaman demikian, manusia akan menghormatinya. Khabar ini bukan lahir kerana riak, tetapi untuk menjalankan perintah Allah, iaitu menyuruhnya agar mengkhabarkan nikmat Allah yang diterimanya itu. Dalam sebuah Hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat kelak, saya adalah Imam Nabi-nabi, jurubicara mereka dan pemberi syafaat mereka. Ini dikhabarkan bukan untuk membangga diri."[HR Turmizi]

Hadis ini menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu pada hari kiamat kelak bukan sahaja penghulu anak Adam, tetapi juga Imam dan jurubicara Nabi-nabi sebelumnya. Iaitu orang yang memberi permohonan syafaat kepada Allah SWTuntuk menolong seluruh manusia, termasuk Nabi-nabi. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan. Penyudah Nabi-nabi. Tidak ada Nabi selepas daripadanya sehinggalah hari kiamat. Syariat yang dibawa olehnya adalah syariat terakhir, tidak berubah sehingga hari kiamat. 

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya : "Muhammad itu bukan bapa salah seorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan Nabi penutup." [Al-Ahzab : 40] Ketetapan ini adalah merupakan satu kemuliaan kepada baginda Rasulullah SAWNabi-nabi yang terdahulu diutus hanya untuk kelompok manusia pada zamannyadan untuk waktu yang terbatas, tetapi Nabi Muhammad adalah utusan untuk seluruh manusia yang kekal sehingga akhir zaman. 

Firman Allah Ta'ala yang berikut [al-Fath : 10] memperkukuh lagi kenyataan di atas, di samping memperlihatkan kemuliaan dan penghormatan kepada baginda  iaitu yang bermaksud : "Sesungguhnya mereka yang membai'ah akan dikau (wahai Muhammad) adalah mereka yang membai'ah Allah." 

Al-bai'ah yang dimaksudkan di sini ialah mengikat janji atau ikrar setia. Orang yang berbuat demikian kepada Nabi Muhammad adalah seperti sudah mengikat janji setia kepada Allah SWT. Satu penjelasan tentang penghormatan Allah SWT kepadanya, iaitu insan yang dijadikan khalifah di muka bumi. 

Pada satu ketika, sekumpulan orang Yahudi telah datang menemui Rasulullah SAW menyatakan bahawa mereka menyintai Allah dan Allah juga menyintai mereka. Kerana itu mereka tidak perlu beriman kepada Nabi Muhammad. Allah SWT tidak menerima pengakuan mereka. Allah SWT menyatakan bahawa syarat untuk menyintai diri-Nya ialah dengan mengikut Nabi Muhammad SAW.

    Hal demikian tersebut jelas di dalam firmanNya,yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu (benar-benar) kasihkan Allah, ikutlah ( kenalilah ) daku, nescaya Allah, mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu." 
Kenyataan-kenyataan di atas membuktikan bahawa Rasulullah SAW itu adalah makhluk yang paling mulia berbanding dengan makhluk-makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT termasuk Malaikat. Kerana kemuliaannya itulah maka kita diperintahkan agar menghormati dan memuliakannya. Malah kalau kita teliti, ternyata bahawa Allah SWT sendiri, iaitu Zat yang paling tinggi lagi agung pun memuliakan baginda. Di antara cara yang terbaik untuk memuliakannya ialah dengan menyebut dengan sebaik-baik sebutan, seperti menyebut perkataan sayyidina sebelum perkataan "Muhammad" ketika berselawat atau sembahyang.

   Menurut Imam-imam fikah yang muktamad dalam mazhab asy-Syafie, sebutan sayyidina sebelum sebutan nama "Muhammad" dalam selawat itu adalah lebih afdhal atau lebih utama, kerana ia merupakan satu penghormatan dan kemuliaan kepadanya, yang sesuai dengan martabat dirinya yang begitu tinggi. Tersebut dalam kitab Ianatut Talibin (kitab yang mensyarahkan kitab Fathul Muin), bahawa sebutan as-siadah (sayyidina) itu adalah lebih utama, keranabersopan terhadap Nabi itu adalah lebih baik. Bermaksud bahawa mengucap selawat ke atas Nabi tanpa menyebut perkataan sayyidina sebelum perkataan "Muhammad" itu juga dibolehkan, tetapi kurang sopan. 

  Menurut Syeikh Syahabuddin al-Qalyubi, bahawa tidak rosak menambah perkataan sayyidina sebelum nama Muhammad (pada tasyahud dan selawat). Malah itu adalah yang paling afdhal kerana sebutan tersebut adalah perbuatan memulia dan menghormati Nabi dan menjalankan perintah Nabi. Menurut al-Qalyubi, menyebut perkataan sayyidina itu adalah cara berselawat seperti yang diperintahkan di samping menghormati dan memuliakan Nabi Muhammad SAW. As-Syeikh Shamsuddin ar-Ramli menyebutkan bahawa sebutan perkataan sayyidina pada selawat itu adalah paling afdhal.     

  Dengan berbuat demikian kita telah melakukan sesuatu yang disuruh oleh Rasulullah SAW dan telah mengucapkan sesuatu yang benar, iaitu berbicara atau menyebut nama baginda dengan sopan dan beradab.
  Begitu juga pendapat asy-Syeikh Muhammad pengarang kitab Dalailul Khairat.
Selain menggunakan perkataan sayyidina perkataan Maulana dan lain-lain perkataan yang menunjukkan kemuliaan, penghormatan dan membesar- besar kan (bukan mendewa-dewakannya) Nabi ketika berselawat adalah lebih afdhal digunakan. 

  Penggunaan kalimah sayyidina ini adalah merupakan satu fatwa yang telah lama dan masyhur di kalangan Ulama' Islam. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an, bermaksud : "Jangan kamu memanggil Rasul seperti panggilan di antara kamu." [An-Nur : 31]

  Dalam sebuah Hadis daripada Abdullah bin Masid r.a., ia berkata, RasulullahSAW telah bersabda yang bermaksud : "Apabila kamu berselawat kepada aku, maka berselawatlah dengan sebaik- baiknya, maka sesungguhnya kamu tidak tahu bahawa kemungkinan selawat itu dihadapkan kepada aku. Sebutlah : Ya Allah, turunkanlah rahmat dan berkat Engkau untuk penghulu sekalian Rasul, Imam sekalian orang yangbertaqwa, Nabi yang paling akhir, hamba-Mu dan Rasul-Mu, Imam segala macam kebajikan, pembimbing segala macam kebaikan, Rasul yang membawa rahmat."  Hadis ini mengajar kita agar menggunakan perkataan seperti (dalam bahasa Arabnya) Sayyidul Mursalin, Imamal Muttaqin, Khatamun Nabiyyin, Rasuluka,Imamal Khair dan Rasulurrahmah. Wallahu ta'ala a'lam……. Wassalamu……. Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri 




WANITA YANG KEMATIAN ANAK,TERDINDING DARI NERAKA
  
Ibu yang kematian anak ketika lahir dan belum baligh lagi, usahlah bersedih sangat kerana Allah swt memberi balasan syurga kepada mereka sekiranya mereka sabar menempuh ujian yang amat berat ini. Baca hadis ini sebagai pengubat rindu semuga suatu masa nanti akan diketemukan mereka di syurga Allah yang kekal abadi. 

Dari Abu Said al Khudri r.a. katanya:

Beberapa orang wanita memajukan permohonan kepada Nabi:

"Kami tidak memperoleh waktu belajar dari Anda karena semua waktu telah diisi oleh pria. Oleh karena itu sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami dapat pula belajar"

Maka Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian wanita, dimana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah Allah.

Antara lain beliau bersabda:
"Barangsiapa di antara kamu kematian tiga orang anak, menjadi dinding baginya dari api neraka"
Bertanya seorang wanita,

"Kalau dua orang?"

Jawab beliau, "Ya, dua orang juga"

*Melahirkan anak itu sangat berat, kadang-kadang sampai menewaskan ibu yang melahirkannya. Kepada anak tertumpah harapan di ibu di masa datang. Tapi malang bagi ibu, anaknya meninggal waktu masih kecil. Sebagai balasan dari Allah, dijadikan-Nya 3 atau 2 anak yang meninggal itu menjadi dinding bagi si ibu dari api neraka, Kalau ia sabar menerima ujian dari Allah.

Sumber: Dipetik dari terjemahan hadis Shahih Bukhari
Terjemahan hadis dlm bahasa Indonesia diketuai oleh Kiyai Ahli Hadis Haji Zainuddin Hamidy.


3 CARA MEMBENTUK HATI
Ibnu Masud berkata  ” Bentuklah hati kamu dengan tiga perkara , pertama dengan mendengar Al-Quran, Kedua Dengan Majlis yang membawa kepada ingatkan Allah SWT, Ketiga ingat kepada Allah SWT ketika  sunyi. Pohonlah kepada Allah SWT supaya kamu memiliki hati, jika kamu tidak memiliki 3 perkara tersebut, maka sesungguhnya kami tidak memiliki hati “
.http://forums.ozkorallah.com/f27/ozkorallah27301/


**********
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



 ************

cARA SUNNAH MENGHADAPI PEMERINTAH ZALIM DAN FASIQ.


Hadith Nabi Muhammad s.a.w dan keputusan Ijma' Ulama Imam2 Besar rujukan umat Islam seperti Imam an-Nawawi rahimahullah, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah dll.


"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu."    
[HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].


"Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan." 
[HR Imam Muslim].


“Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.” 
[HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].


“Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkanuntuk berbuat maksiat.” 
[HR Ibn Hibban].


“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. [HR Imam Bukhari]


Kata Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):


“Apa yang dipegang oleh kebanyakan dari para ulama’ bahawasanya sabar dalam mentaati pemerintah yang zalim lebih utama dari keluar memberontak kepada mereka, kerana memisahkan diri dan keluar memberontak itu akan menukarkan keamanan kepada ketakutan, dan tertumpahnya darah yang disebabkan oleh tangan-tangan orang yang bodoh dan hanya akan menyebarkan kefasadan (keburukan) dalam kalangan umat Islam dan di atas muka bumi.”
 (Tafsir al-Qurthubi, 2/109).


Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
“Dan makna hadis ini adalah, jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada. Adapun memisahkan diri keluar dari ketaatan kepadanya dan memusuhi (atau memerangi) mereka, adalah haram berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun pemimpin tersebut termasuk orang-orang yang fasiq lagi zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8).
Fikir-fikirkanlah.Sumber 


**************

Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam Ajaran/Fahaman Wahabi
Posted on Saturday, June 25 @ 14:00:00 PDT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: embun

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum.

Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang disebut di Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun perkara ini telah pun diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam sanggahan dan penolakan mereka terhadap fahaman Wahhabi.

Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada Allah SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan tawassultabarruk dan istighthahdengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis. [Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami mencapai kesimpulan bahawa fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat dan kecintaan serta keagungan kepada Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah:

·         Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.
·         Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.
·         Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.
·         Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik
·         Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.
·         Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW
·         Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.
·         Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
·         Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.
·         Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.
·         Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.
·         Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.
·         Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari itu.
·         Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.
·         Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.
·         Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.
·         Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.
·         Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.
·         Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya Allah Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]
·         Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak dikeluarkan.
·         Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.
  • Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan.
Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]". Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW.
Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:
  • Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?
  • Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam?
  • Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?

Fikir-fikirkanlah.

Sumber