Selasa, 26 Januari 2010

Hari Keluarga di Port Dickson









Pada semua ahli keluarga yang tidak hadir dimaklumkan bahawa hari keluarga kali kedua diadakan di Port Dickson. Penganjurnya Pak Uda dan Mak Uda kita. Di PD ni kita punya aktiviti lebih kepada aktiviti pantai, berbabeque, dan lawatan. Untuk makluman semua, aktiviti kita di pantai hanya bermandi manda , sementara sebelah malamnya kita bermakan- makanan. Esoknya pepagi diadakan aktiviti dalaman antaranya tiup belon sampai pecah dan bacaan tahlil serta makan berjemaah .Setelah itu kami beramai ramai pergi melawat ke Muzium Angkatan Tentera Port Dickson. Banyak barang klasik dan peralatan perang yang dipamerkan antaranya kereta kebal, keris, senapang, motorsikal, meriam ,replika terowong buatan komunis malaya dan tak lupa kapal terbang yang tak boleh terbang...heh heh...
Nak tau sebenarnya semasa datang ke PD ini berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu ketika itu semasa para kulaan sibuk memasuki bilik hotel tiba tiba.....prrrrrrappppp .....pam... pom pang pang pang....bertempiaranlah keluarga pak andak dan anaknya berlari turun ke bawah.....tak kira penat enam tingkat punya pasal.....ingatkan gempa bumi rupanya mozek lantai bilik meretak dan pecah meletup...sakit jantung dibuatnya dek gempa bumi yang tak jadi . Nak tengok gambar ? Kat atas tule gambarnya

1 ulasan:

  1. alhamdulillah....semoga ukhwah dan ijtima' kita mendapat keberkatan Allah.....TQ yg support in all of yusof family days...praise to Allah...Amin yaRabb

    BalasPadam