Jumaat, 3 September 2010

Perjumpaan Keluarga Tak Dirancang




Salam buat kulaan sekalian. Pada tanggal 2 September bersamaan 24 Ramadhan 1431H telah berlaku suatu perjumpaan keluarga kita yang tidak dirancang .Ia bukanlah saja saja dibuat , namanya pun bukan Hari Keluarga tetapi perjumpaan ini adalah kerana pemergian adinda bagi allahyarham ayahanda Hj Yusof ke rahmatullah iaitu Allahyarhamah Aminah (Acik Minah) .Beliau telah kembali kerahmatullah kerana serangan darah tinggi.Beliau meninggal dunia jam 1.30 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan didoakan supaya beliau ditempatkan ke dalam golongan orang -orang beriman. Al Fatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan