Rabu, 19 Januari 2011

Lawatan ke Hospital Segamat


Pada 18 haribulan Januari ading berading telah segera berangkat ke Hospital Segamat. Ini adalah ekoran berita yang menyatakan abang Jo atau kekanda Asmail telah dimasukkan ke wad ICU kerana serangan jantung dan penyakit lain. Pihak editor telah melihat sendiri keadaan beliau. Para kulaan juga termasuk ibunda bergilir gilir berdoa dan membacakan ayat suci Al Quran bagi memohon kesejahteraan untuk kakanda tercinta. Semoga Allah memberi ketenangan dan keafiatan buat kakanda Asmail dalam keadaan begini. Didoakan juga supaya Kak Long dan keluarga tabah menempuh dugaan. Doakan mereka sentiasa Allah berikan rahmat dan pertolongan dan dimudahkan urusan. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya ..tanggal 25 Januari 2011 Abg Jo @ Ismail telah kembali ke rahmatullah pada usia 56 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada abang tersayang... Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan